Plot Prince of Persia: The Lost Crown

Ikhtisar

Prince of Persia: The Lost Crown menampilkan seorang wira baharu bernama Sargon, dia merupakan prajurit muda dari puak kesatria bernama The Immortals. Sargon harus mengembara bandar terkutuk di Mount Qaf untuk membebaskan Pengiran Ghassan yang ditawan.[4]

Isi cerita

Pada suatu hari, tanah Persia mengalami malapetaka dan kebuluran yang merajalela selama 30 tahun lamanya. Musuh mereka, Empayar Kushan yang mengetahui negeri saingannya dalam keadaan payah menggalakan serangan secara tiba-tiba. Serangan Kushan mampu dihentikan oleh Persia dan mereka mula berundur kerana sokongan dari the Immortals, Sargon sendiri yang secara peribadi telah membunuh Jeneral musuhnya. Atas khidmatan ketika berperang, ia dan puaknya akan segera diberi kerunia dalam festival raya oleh Maharani Thomyris and Pengiran Ghassan, tetapi pengiran itu disekap ketika hari festival raya oleh guru Sargon sendiri, Panglima Anahita. Sargon dan puaknya mengejar Anahita sampai kepada Mount Qaf, yang dahulu merupakan bandar raya sebelum binasa sebab kutukan. The Immortals mensyaki bahawa Anahita hendak mengguna darah diraja dari Ghassan untuk mrmasuki Simurgh dan mendapat kuasa yang membuatnya boleh menghancurkan kerajaan milik Thomyris.

Sesampainya di Kubu Kota, Sargon dan puaknya terjebak dalam distorsi masa. Pencariaan Anahita tetap digalakkan, Sargon bersemuka dengan pelbagai monster. Pada pengembaraannya itu, Sargon mendapat kepiatuan dari dewa dengan mengumpulkan bulu burung Simurgh. Pada akhirnya Sargon mampu menewaskan Anahita dan boleh membebaskan Ghassan, tetapi kepala puaknya menghujam pengiran dari belakang. Vahram pun berkata kepada anggota puak-puaknya bahawa sebenarnya ia yang berkongsi dengan Empayar Kushan agar dirinya menjadi maharaja Persia yang baharu. Sargon mencuba menahan serangan-serangan Vahram agar Anahita yang terluka dengan pertempuran mereka tadi boleh melarikan diri, tetapi Sargon hampir dikalahkan oleh Vahram dan tercampakkan ke dalam tebing. Sargon disembuhkan oleh seorang pria tua meragukan bernama Alkara. Rasa syak di dalam dirinya menghilang ketika pria tua itu meyakinkan Sargon dan memberitahunya cara memusingkan semula waktu agar mampu menyelamatkan Ghassan, tetapi ia harus membuat perjanjian dengan dewa jahat berbentuk ular bernama Azhdaha. Azhdaha memerintahkan Sargon untuk mencari kepiatuan dari empat Celestial Guardians.

Pada pengembaraannya, Sargon bertemu dengan Anahita yang mendakwa bahawa dirinya terpaksa menyekap Ghassan atas perintah dari Thomyris sendiri. Hal yang tak pernah terbayangkan dalak benak Sargon, pada masa yang sama Vahram berbohong kepada prajurit Persia bahawa pembunuh Ghassan ialah Sargon dan menjemput mereka semua agar berpakat untuk mendapatkan tahta Tomyris. Sargon terpaksa harus menggempur prajurit negerinya sendiri dalam pencariannya.

Sargon memusingkan masa ke masa lampau selepas mendapat kepiatuan dari Celestial Guardians. Sargon mencuba menghalau Vahram tetapi Anahita dibunuh dalam pertarungan. Pertarungan duel antara keduanya tak mungkin dielakan lagi, semasa bertarung Sargon mendapat beberapa bahagian memori Vahram dan tidak menyangka kalau lawannya ini ialah putera kepada Darius, maharaja yang sebelumnya dan ia pun dibunuh Thomyris, seorang pembangkang dari kumpulan bangsawan.

Perkara itu yang menjadi sebab malapetaka dalam 30 tahun. Ghassan yang menyokong Sargon memberitahu bahawa Vahram menginginkan kekuatab sepenuhnya Simurgh. Sargon memburu Vahram yang melarikan tetapi tidak mampu menghalanginya berubah bentuk. Pertarungan di antara keduanya berlanjut dengan Vahram yang lebih kuat tetapi sekali lagi Sargon ialah pemenangnya. Vahram menyerah dan berkata bahawa perbuatannya hampa, ia membunuh dirinya sendiri.

Mereka berdua pulang ke bandar kerajaan sebagai wira, tetapi selepas mengetahui perbuatan ibunya Ghassan bersara sebagai pengiran dan ingin hidup seperti rakyat awam. Sargon mengkongsikan perkara yang ia tahu kepada pihak diraja, bahawa Thomyris pembunuh Darius yang sebenar dan penyebab malapetaka selama ini. Sargon duduk termangu di bawah jambatan memandangi dirinya, salah satu anggota puaknya mengatakan bahawa dia tidak perlu merasa bersalah kerana Vahram masih hidup tetapi versi yang lebih belia. Ia mengatakan bahawa Vahram muda melarikan diri bersama mereka dari Mount Qaf.